Krisis persempadanan dan geopolitik Hidangan_kebangsaan

Sesebuah masakan itu dicipta, dikembangkan, dan diwarisi berketurunan lamanya dan terdapat sesetengah masakah yang boleh dijejak kembali sejarahnya kepada awal ketamadunan manusia. Kini, manusia mula berpecah mengikut persempadanan negara dan geopolitik dan pada masa yang sama membawa sekali budaya dan makanan yang diwarisi. Walau bagaimanapun, pemisahan geopolitik moden tidak mengenal persamaan antara budaya, kaum dan etnik.

Sebagai contoh yang ketara ialah bagaimana kedua-dua buah negara Korea yang terpisah oleh ideologi dan membentuk negara sendiri, masih mempunyai persamaan dari segi budaya tradisional dan masakan kerana akar budaya mereka sama.

Tidak ketinggalan bagi negara-negara yang terbentuk pasca zaman penjajahan seperti India dan Pakistan, Indonesia, Malaysia dan Singapura serta negara-negara Indo-China. Terdapat banyak konflik dalam tuntutan hidangan kebangsaan terutama bagi negara yang baharu diwujudkan sedangkan budaya masakan yang diwarisi bersama adalah lebih lama daripada itu.

Platos nacionales

Di Amerika Latin, hidangan boleh dituntut atau ditetapkan sebagai "plato nacional", walaupun terdapat banyak kes, resipi tersebut melangkaui sempadan negara dengan beza yang sangat kecil.

Kedua-dua Peru dan Ecuador menuntut ceviche sebagai hidangan kebangsaan mereka. Stu daging, plantain, dan sayur akar adalah platos nacionales beberapa negara di Amerika Tengah, Amerika Selatan, dan Caribbean: ajiaco Colombia , serta sancocho daripada Republik Dominika, Colombia dan Panama, adalah contoh-contohnya. Janer (2008) memerhati bahawa perkongsian plato nacional yang sama oleh negara-negara yang berbeza mempersoalkan idea bahawa setiap negara mempunyai hidangan unik kebangsaan yang khas bagi negara itu; beliau menyatakan bahawa masakan tidak mengenal sempadan negara dan geopolitik.[3]

Pengenalpastian hidangan kebangsaan Amerika Latin adalah lebih kuat di kalangan komuniti ekspatriat di Amerika Utara.[3] Di negara-negara Amerika Latin, plato nacional biasanya sebahagian daripada masakan masyarakat luar bandar dan petani, dan tidak semestinya sebahagian daripada masakan seharian warga kota. Dalam masyarakat ekspatriat, hidangan itu adalah sangat dituntut semula untuk mengekalkan semangat jati diri dan hubungan kebangsaan terhadap tanah air seseorang, dan adalah bangga dihidangkan di rumah-rumah dan restoran. Dengan menunjukkan identiti kebangsaan ini, masyarakat boleh menentang tekanan sosial yang mendesak untuk penyeragaman etnik yang majmuk dan pelbagai budaya masyarakat lalu merangkumkan semua identiti kumpulan menjadi tunggal, seperti Latino atau Amerika Hispanik.[3]

Rujukan

WikiPedia: Hidangan_kebangsaan http://www.argentina.ar/_es/turismo/C791-gastronom... http://books.google.com.au/books?id=jYa3J6xrjt4C&p... http://www.news.com.au/national/roast-lamb-rules-a... http://www.weightwatchers.com.au/util/art/index_ar... http://www.montenegro.org.au/cgnacionalnajela.html http://bt.com.bn/life/2009/02/21/fostering_family_... http://www.bt.com.bn/art-culture/2011/01/08/ambuya... http://www.cbc.ca/news/yourcommunity/2012/06/vote-... http://thewalrus.ca/manufacturing-taste/?ref=2012.... http://britishfood.about.com/od/introtobritishfood...